^ MARI FOLLOW ^

SUDOKU...

perghhhh..lamanyer tak update blog..rindu pulak nak menulis..huhu..

entry kalini nak citer pasal sUdOku...pernah main soduku???sape ada hobi sama ngan aku??sila angkat tangan..heheheheh..NI LA DIE, CONTOH SUDOKU YG DAH BERJAYA DISELESAIKAN...>>>>



tapi hobi aku ni, datang time pregnant aje.asal aku pregnat aje mesti main soduku...asal soduku aje mesti aku pregnant..hohoho...mmg betul pun, asal aku pregnant mesti  game ni aku tak pernah lupa..tak tahu knp, habit kot..serius best main game soduku nih..tak jemu2 aku ngan nombor yerk.dahla kerja berkaitan dengan akaun/ duit2 ni.. lagi nak main benda yg ada nombor..takde benda lain ke..hehehhe...tp nombor ekor aku tak suke yerk..HARAM OK..

sudoku ni game yg boleh mencabar minda..kalau tak berfikir, mmg tak selesai punya la..kadang2 gosh, 1 kerja tak menjadi dek melayan kan game tu..selagi tak settle selagi tu la nak hadap..rumah mcm tongkang pecah pun dibiarkan sebegitu rope..hahahahha...nanti suami yg kemas(blh tak???)

org kata game ni bagus lagi2 time pregnant...blh merangsang otak baby kita sekali..untung2 esok kuar, terus rajin berfikir..lagipun game  ni memerlukan tumpuan /fokus yg tepat..salah 1 nombor, habis semua tak menjadi..time tu, rasa nak hempuk aje buku kat kepala.....masa aku mengandungkan aqil dulu pun, aku main game ni..sentiasa ada dlm beg.resultnya, aqil tu aktif berfikir.habis semua die blh jadikan permainan & cpt pickup apa yg kitorang ajar.alhamdullillah..cuma die kurang matang sikit cam mama die..sob3...

konsep>>> setiap column & setiap row WAJIB ada no 1-9..kalau ada nombor yg terdouble, mmg sah2 la salah..dan dlm column kecik2 (3x3) tu pun WAJIB ada no 1-9..so yg mane dah ada no tu kena la cari no lain pulak..dari situla yg dikatakan mencabar minda...ngeh3..

hokey, selamat mencuba... lets twister your brain!!!!..huhuhu.gud luck uolssss!!!!






SUKA?? CLICK LIKE OK

Hamil 10 Minggu

10 MINGGU HAMIL
Fetus hanya sepanjang 1.2 inci / 3 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya kurang dari satu per enam auns / 4 gram. Walaupun begitu, ia tetap giat menelan dan menendang. Setiap hari banyak butiran kecil mula muncul, seperti kuku jari dan rambut yang kelabu seperti bulu.



Organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - telah terbentuk lengkap dan berfungsi, manakala kepala berukuran hampir setengah daripada ukuran panjang sepenuh badan. Dahi terbonjol buat sementara dan bertempat tinggi di kepala, tetapi akan kemudian bertukar dan kelihatan lebih mirip raut manusia.



Jika anda dapat melihat bayi anda pada minggu ini, anda akan nampak rangka spina atau tulang belakang. Saraf spina menjalar keluar dari korda spina.
 


Uterus anda sekarang adalah sebesar limau gedang. Dengan bantuan Doppler, stetoskop tangan gelombang bunyi, anda akan dapat mendengar denyutan jantung fetus yang pantas



nota kaki > tak sabar nak abiskan stage trimester pertama ni.....cepatla masa  berlalu.supaya aku tak mabuk2 laut lagi..sob3..sabar aje la..  * ___* (berpinar mata)

SUKA?? CLICK LIKE OK

Hamil 9 minggu

Hamil 9 minggu

memandangkan harini genap 9 minggu usia kandungan ku...nak share ngan readers perkembangannya..meh kita tengok >>>

 

Di penghujung minggu, panjang fetus anda di sekitar 0.9 inci / 2.3 sentimeter. Dari segi bentuk dan saiz, rupanya mirip lenggai kacang pea. 

Kelopak mata bercantum dan tidak akan buka sehingga 27 minggu kehamilan. Pergelangan tangan lebih matang, pergelangan kaki sudah nyata dan jari kaki kelihatan jelas. Lengan semakin memanjang dan boleh dibengkokkan di siku. Menjelang akhir minggu, butiran dalaman telinga sudahpun sempurna. Walaupun anda belum lagi dapat menentukan jantina fetus melalui ultrasound, alat kelaminnya sudah mula terbentuk. Kini plasenta telah cukup matang dan mampu menyokong hampir semua tugas mengeluarkan hormon yang kritikal.

 

nota kaki: mlm ni nak g scan..hai baby!mama nak tengok mlm ni.MESTI AQIL TERCENGANG2..heheh


 


SUKA?? CLICK LIKE OK