^ MARI FOLLOW ^

Sedekah

Sedekah di bulan ramadhan


"Semulia-mulia sedekah ialah pada bulan Ramadhan" Riwayat Tirmizi drpd Abd Rahman bin Auf

Rasul s.a.w dalam khutbahnya menyatakan:
Banyakkan 4 perkara di bulan Ramadhan, 2 darinya akan mendatangkan keredhaan Tuhanmu,
dan 2 lagi kamu sangat menghajatinya;
1- Mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan selain Allah
2- Memohon ampun dariNya
3- Memohon Syurga
4- Memohon perlindungan dari api neraka


Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi
minum kepadanya daripada air kolamku dengan suatu minuman yang tidak akan
merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga.


Barangsiapa di antara kamu mengadakan masjlis berbuka puasa kepada orang mukmin yang
berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak
dan di beri keampunan atas dosa-dosanya yang lalu.

"Tidaklah apa yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki"
Saba'; 39

"Tidak akan berkurangan harta seseorang hamba yang mengeluarkan sedekah" -
P/s mari kita sedekah..tak susah kan. yg mana beli makanan terlebih kat bazar tu hulur2la pada yg memerlukan..byk ganjaran yang akan diperolehi.insyaAllah..
Riwayat Tirmizi
Kita hampir meninggalkan 10 Ramadhan pertama, berbaki 20 hari terakhir..sudahkan kita bersedekah??

SUKA?? CLICK LIKE OK

S.A.L.E


wahhhhhhhhhhhhhh....baru 2hari puasa..tp dah cite pasal shopping.lagi2 henbeg.sape2 handbag lovers tu, silalah ke sale ni..(kalau la aku ada byk duit..mesti aku dah pgi..mood : berangan ajela)..hohohoho.nampaknyer duit kena spend tuk benda lain.

sangat sesuai tuk hari raya ..weeeee..cuba bayangkan nak bagi duit raya sambil seluk beg berjenama..wahhh mesti bangga..huhu..bebudak pun tak sabo2 nak tunggu sampul raya tu..sure dlm ati bebudak tu ckp camni "paling kurang pun mesti kaler merah ni"..

for those yg dpt durian runtuh a.k.a bonus ari raya tu, blh la rembat 1..sale up to 70% tuhhhhhhhhh...mau blink2 mata dibuatnya korang!!!...woooow..giler kentang!!!

aku harap kerajaan msia akan  bagi bonus raya ni..ngeeeeeeeeee...

PM, hargaila jasa2 kami sebagai penjawat awam..(politik nampak)

~ilham





SUKA?? CLICK LIKE OK

TERAWIH

memandangkan hari ni hari pertama terawih, blogger ilham nak share fadilat berterawih mengikut bilangan hari kita berpuasa.. sebagai panduan kita bersama..mudah2an


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar. 

 "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan sekalian alam..

SELAMAT BERTERAWIH..mudah2an kita dpt bertemu malam lailatul qadar.amin. 

~ ilham

SUKA?? CLICK LIKE OK

RAMADAN AL MUBARAK


Firman Allah SWT yg bermaksud :
Wahai org yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa (surah al-baqarah :183)

Alhamdulillah, Ramadan yg mulia kembali lagi. Betapa bertuahnya aku kerana diberi umur yg panjang untuk menemui Ramadan pada tahun ini...sayu rasanya..

 Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. 
Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya
maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka. 

Bersesuaian dengan keberkatan Ramadan, semestinya kita perlu menyucikan hati dan bermuhasabah diri kita dengan bersyukur dan lebih mendekatkan diri dengan pencipta kita..ramadan masa yg sangat sesuai untuk menambahkan saham kita di akhirat kelak..amalan akan dihitung berganda2. 

Kita diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan.namun, masih ramai di antara kita yang tidak menghayati dan menikmati kemuliaannya. Bukan sahaja menahan lapar & dahaga.malah perlu menjaga perkara-perkara yang boleh membatalkannya. Jangan kerana org lain berpuasa, kita pun ikut berpuasa..tp tidak bersembahyang dan melakukan perkara yang sia-sia. Maka, golongan itu adalah org yang sangat rugi kerana hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.  Selain golongan itu tidak dapat kelebihan berpuasa itu sendiri..

Kelebihan puasa mengikut saintifik :

1.       Dapat mencergaskan gen yang bertanggungjawab merembes hormon-hormon yang akan membantu sel-sel menentan penuaan..(dpt awet muda)

2.       Mencergaskan minda. Sbb tenaga dan pengaliran otak tertumpu kepada otak daripada menghadamkan makanan

3.       Mengaktifkan pembentukan sel dalam tubuh

4.       Meningkatkan tenaga dengan mengurangkan penggunaan tenaga abgi mencerna makanan yang menghasilkan toksin & melemahkan tubuh

5.       Mengawal penyakit diabetis

6.       Berpuasa selama 30-40 hari meningkatkan kadar metabolism sebanyak 5-6%.

Oleh kerana itu, saya berazam akan melatih diri untuk mempertingkatkan amalan ibadah semampu mungkin untuk menambahkan ketaqwaan & mencari keberkatan dari Nya di bulan Ramadan yang mulia ini..

" sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa dari kalangan kamu " 
surah al hujurat :13

mari kongsi doa2 di bulan ramadan ini..

   
Ya Allah, ampuni la dosa-dosaku..terimalah ibadah puasa ku..amin.

 ~ ilham

SUKA?? CLICK LIKE OK

berakhirnya sumpahan Awang


habis sudaaaaaaaa citer faveret aku..huhu.. mmg best..diorg sangat sweet..nampaknya awang sudah tidak malang lagi..sumpahan dari nenek nurbaya sudah berakhir.. 13 minggu aku follow citer ni..dari awek awang berhuruf A sampaila N..konon2 nak sangkut ngan O(odette) tapi tak jadi....fuhh selamat!! lega rasanya..

akhirnya die memilih Nisha.. yg si awang ni mmg suka.tp disebabkan diorang kawan baik & Nisha pulak dah ada boyfren (si zain)..so kengkawan yg lain tak merestui kononnya takut diorng terkena sumpahan nenek nurbaya. tp dah namanya soal hati..tak ke mane kan...yeayyyyyyyyyyyy AWANG DAH BEBAS DARI SUMPAHAN!!!! mmg romantik abessss kau qie..nak pengsan aku tengok!!!

yg aku sukanye masa last episod ni, nabila.lawak giler die bawak watak elly tu..errrr sengal...gelak guling2 aku kat umah...sama gak ngan qie..ntah ape2 pulak kelakar daaaaaa...mmg sempoi la diorng ber2..thumbs up la!!!!!!!

walaupun citer ni ada unsur tahyul dek sumpahan nenek nurbaya..tapi aku sangat3 la suka jalan citer ni..lagi2 watak yg dibawa semua menjadi..MENARIK TERTARIK OK!!! dah abis citer ni, bila lagi aku dpt tengok qie yg sempoi tu..sob3..:-(

~ilham
SUKA?? CLICK LIKE OK

~bowling

actually, aku tak plan pun nak g main boling aritu sbb tahu keupayaan diri sendiri..sob3.lagipun depends on availability suami terchenta.maklumla, nanti dah janji tetibe cancel kan ker org jadi marah kat kita..tibe2, tengahari tu aku dpt mesej dari admin "akak, esok jom join boling tuk gantikan tempat intan". alamak, camne ni..masa aku terima mesej tu dah sampai sungai besar dah nak g kenduri umah sedara si suami..in planning nak terus balik kg.tak jauh pun..45 minit lagi sampai kg kot!! barang2 pun dah standby kat bonet.

aku >camne ni, nak balik kg ker nak g main boling join ngan grup syg tu?? (mood : dlm dilema)
suami > ntah, terpulang la..(pendek aje kan jawapan lelaki)
aku>ape pendapat abg, wahai si hensem.. :-P
suami> abg rasa,syg join la boling tu.bkn selalu pun.lagipun minggu lepas dah balik kg kan..sekali2 pegi la join kengkawan..
aku > ok, fine...hehehe..tangan terus reply admin, ckp aku akan join..hohoho..

so 8/7/2012 (ahad yg indah) , location : megalanes plaza alam central shah alam...tepat kul 3 terpacak aku kat situ..aku tengok dah ramai ahli grup yg sampai..siap ada tshirt group lagi yg direka tuk grup kami yg super gempak tu kan..hahaha.well cun gak!!!.time kasih admin & konco2nya..ngeeeee ..V..walaupun anak aku demam aritu, aku gagahkan jugak bawak die ke sana tuk menyaksikan 'kehebatan' mama die main boling..hahahah..

cabut undi dulu ok..nk tentukan grup.sbb nak pecahkan pada 4..dlm hati jahatku berkata2 : sapala yg  malang dpt 1 grup ngan aku.habislaaaaa.haram aku x tahu main bowling..alamatnyer mmg aku taram aje la.untung2 strike...kalau x untung ke longkang..kan.........

seperti yg diramal kan.. "aku dpt tmpt 'pertama' tuk juara jatuhan pin terbanyak"..hahahahha..gelak beso aku...mmg superb la kan..well3...baru 1st time main kot.org kata "heroin kalah dulu"..takpe2, practice makes perfect..kita cuba lagi (nak sedapkan ati)

haaaa, ni la org yg paling byk jatuhan pin..gile kentang!!!! kuat tangan tuuuuu...cc idin ashari.. sbelah tu faezah (admin ) group kitorang..kecik aje, tp jiwa besar orgnyer..ngeeee


beware kau idin, pas aku tengok tips2 main bowling ni...mesti aku akan dpt rampas tempat ko tu...HAHAHAHA (GELAK GAYA ALTIMET JADI SYAITAN DLM LAGU JGN PANDANG2)



best pulak main bowling yerk!!! pada aku main bowling ni dpat mencapai objektifnya sendiri.antaranya :

1. dpt menyatupadukan komuniti: ala, kita main bowling pun bkn nak tunjuk sape terer pun.just for fun aje..bowling ni mmg sesuai tuk acara kumpul2, borak2.senang ckp bersosial sesama kawan. tp for family members pun sesuai gak..time free dpt bkumpul seisi keluarga..so sweet...yg mane tak kenal, kita kenalkan..dah kenal, kita mesra2kan..huhu.tp jgn lebih2 mesra ngan suami aku tau..jeles seh!!!blh tak buat statement camtu..LOL!
disebabkan aku suke gambar ni, aku besar la yerk..ha ni la baru grup kitorang..cooolll kan....

2. dpt menambahkan keceriaan diri..ape py ayat daaa..tp lebih kurang camtu la..kenapa aku ckp camtu, sbb aku akan gelak bile tengok gambar masing2..macam2 action.macam2 pulak kerenahnya...mmg lawak..tak pecaya aku ckp..ni tengok gambar2 ni>>>>>>

 OMG, bola tak kena pin..ke longkang nampaknyer..hehe

 cik dila hy mampu melihat bola tersasar dari matlamat..:-P

tinggi baling tu..bowling kena leret bola tu.bkn lambung macam guli..

3. objektif ke 3, dah tentulah menyihatkan badan kita..lalalalalala..tu tuk org yg dah biasa  main ok.tp tuk aku yg 1st time, sakit tangan kot..balik tu tak blh buat kerja umah dibuatnya..dok sapu minyak panas aje kat lengan..no choice, aku kena amik jugak panadol extend..huhuhu..moral of d story >kena tahu step & rajinkan usaha.bykkan latihan..baru ada gaya!!!
 mau tak sakit lengan..tengok gaya pun tahu yg aku mmg tak tahu main bowling.hahaha

ni baru la juara..tgk kaki siap terlentuk lagi..

okla, i got to go..tp sblm tu , meh kita layan video sweet yg direka oleh aez ila..mmg comel..terharu pulak rasanya...



korang mmg best.lainkali kita main lagi yerk.ajak ramai lagi ahli kita tu

ok, chow dulu..c u next entry..

~ilham


SUKA?? CLICK LIKE OK

FRIDAY IM IN LOVE



GO AWANG!!!!..GO AWANG!!!!!...

kerana qie, aku sanggup tak kuar umah setiap hari kamis mlm...aku akan pastikan kami dok diam2 kat umah..kalau beli mknn pun petang tadi dah siap2 dah..hahah..mmg super duper minat citer ni..citer ni start kul 8.30pm - 9.30pm @tv9..walaupun sejam, aku rasa cam sekejap aje citer tu..
ada sebab kenapa aku extreme sngt ngan citer ni...1st of all kerana mamat aneh ni la...

gosshhh...really admire with him.die sgt2 sempoi, sgt happy go lucky, yet romantic..oucch, make me touching sampai ke jantung... tngok citer tu aje hatiku berbunga2..*__*..die blh mmbwa watak kegilaa2an tapi masih ada unsur2 keromantikan walaupun umurnya dah jauh beza ngan pelakon yg lain.even ada aiman jejaka idaman malaya 1 tika dulu kerana citer 'vanilla coklat'..so aiman.time ni aku suka qie pula.. :-P...untoongla kau yunalis zarai..huhu..(mood :jeles seh) ---<--<--@


citer FRIDAY IM IN LOVE ni sebenarnya mengisahkan Awang(qie) akan jatuh cinta setiap kali hari Jumaat kepada gadis yang berbeza bermula dari huruf A berturutan hingga tak tahu la kan kerana kononnya terkena sumpahan nenek nurbaya.Nenek nurbaya ni dulu kawan baik mak si awang, tp kerana bengang ngan mak nyer, maka die membuat sumpahan "pada umur 21, anaknye akan bercinta setiap hari kamis dan berpisah setiap ari jumaat). Awang, seorang pembantu di sebuah kedai buku dan bersahabat baik dengan Ana, Nisha, Pitt, Jo dan Hansem. Ni la diorang tu..korang ni aneh2 la..>>>>>




 kerana sikap FFL (friend for life)& sikap sempoi diorang ni la aku suka gilors ngan citer ni.blh kata susah senang kengkawan diorang akan kongsi sesama walaupun waktu kerja, waktu menangis, waktu gembira dan sewaktu dengannya.bayangkan macam2 cara yg diorng cari untuk mengelakkan si awang ni bercinta setiap ari jumaat sbb taknak tgk awang kecewa setiap ari kamis(berpisah).so sweet..si awang ni pulak die blh buat muka sweet die time bercinta.hohohoho.cair sekali lagi...kira diorng ni blh dikategorikan kawan sehidup semati..betapa susah nak cari kawan camtu....aku teringin sangat nk ada kengkawan yg blh jd FLL cam citer FRIDAY IM IN LOVE ni..tp ada ker?? hmmm...

ntahlaaa...

(aku berdoa semoga akan dipertemukan)..amin

tak mo emo2, baik layan video tuk citer ni>>>>


best kan!! ok bubbyyyyeeeee....

-ilham
SUKA?? CLICK LIKE OK

toy museum penang


wowowowo, largest in d world tu toy meseum ni..jgn tak tahu ye kat penang ada muzium mainan yang terbesar di dunia...suprise gak aku dibuatnya bila sampai sana....alaaa nak g sini senang aje..tepi jalan aje...disebabkan ktorng stay kat hard rock hotel penang tu, so tak smpai 10 min dah sampai dah..

location>JALAN TANJUNG BUNGAH..BETUL2 KAT DEPAN COPTHORNE ORCHID HOTEL..

 Coordinates: 5°27'57"N   100°17'30"E..senang..abis citer.suruh aje die cari..i follow kata salih yacob

fees >Adult : RM10 ; Children : RM6 (bwah 3thn free je...i like)

Open daily from 9:00 am to 9:00 pm including weekends and Public Holidays.

my son was so excited bile sampai sini.. ayat pertama yg kuar dari mulut die "waaaahhhhhh, gilerrrr la"..(dlm hatiku terdetik jgn la die mintak nak bwak balik mainan tu.klu die suruh beli, mmpus la aku)..dahla ada beribu koleksi karektor katun ada kat sini..ok, jom kita tengok ape yg ada...mari kita explore ini museum..

sampai ternganga mulut anak aku.byk sgt mainan.

bingung !! nk tgk yg mana 1 ni..
 ni yg versi kecik2 ye..kalau camni kat umah, dah bertaburan.

 
die dah start peluk dah... huhu... dari berdiri smpai dah mgcangkung anak aku..adoiiii

 faveret aqil..power rangers & toy story

 ouchhh..my heroes...ooo jack.. oh batman..

papa aqil pun nak jugak..hahahah..

hohoho..lama giler kitorang kat dlm tu.suara anak aku aje dengar.jerit itu, jerit ni.ngairah beno die dpt tgk mainan byk2 camtu.best gakla tmpt ni kalau tuk budak2..cuma aku rsa, owner die patut buat mentenance la bangunan tu.sbb cam tak berapa nak gah..segah namanya 'terbesar di dunia'.lantai pun tak berjubin, atas pun tak besyiling..kalau tmpat ni nampak gah, mesti tourist yg tengok pun teruja.sessssuai dengan namanya..(pndai2 aje aku complain itu ini)..bkn ape, tuk naikkan nama negara gak kan..sape yg untung, die jugak kan.huhuhu.. cess membebel lak aku... :-P ngeeeeee.....

walaupun kitorang dah kuar dari tmpt tu, tp anak aku still tak mo balik..tengok ni>>
 
blh pulak ank aku buat mata juling camni..mesti die blink2 tengok mainan kt dlm museum tu..haish.
tula aku ckp, budak2 mmg suka la tempat2 camni..parents lak boring nak pujuk balik..

kan dah ckp..tak mo balik punya..sesi pujuk memujuk terpksa dijalankan yea..


 akhirnya..die sendiri kata nak balik..huhuhu..jenuh jugak tu nak pujuk..kata nak beli aiskrim la, mainan la, beli topeng la..mcam2 cara ok..hahahah..
sblm balik tu, ank aku siap ckp "aqil nak salam dulu''..huhu..dengan patung pun nak salam jugak..
mama& papa ajar kalau jumpe org aje salam.patung tak pyah la nak oiii..asal ko bahagia aje la aqil..hehehe

okla..itu saja pasal toy museum..try la pegi..
bye2..



SUKA?? CLICK LIKE OK