^ MARI FOLLOW ^

Sedekah

Sedekah di bulan ramadhan


"Semulia-mulia sedekah ialah pada bulan Ramadhan" Riwayat Tirmizi drpd Abd Rahman bin Auf

Rasul s.a.w dalam khutbahnya menyatakan:
Banyakkan 4 perkara di bulan Ramadhan, 2 darinya akan mendatangkan keredhaan Tuhanmu,
dan 2 lagi kamu sangat menghajatinya;
1- Mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan selain Allah
2- Memohon ampun dariNya
3- Memohon Syurga
4- Memohon perlindungan dari api neraka


Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi
minum kepadanya daripada air kolamku dengan suatu minuman yang tidak akan
merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga.


Barangsiapa di antara kamu mengadakan masjlis berbuka puasa kepada orang mukmin yang
berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak
dan di beri keampunan atas dosa-dosanya yang lalu.

"Tidaklah apa yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki"
Saba'; 39

"Tidak akan berkurangan harta seseorang hamba yang mengeluarkan sedekah" -
P/s mari kita sedekah..tak susah kan. yg mana beli makanan terlebih kat bazar tu hulur2la pada yg memerlukan..byk ganjaran yang akan diperolehi.insyaAllah..
Riwayat Tirmizi
Kita hampir meninggalkan 10 Ramadhan pertama, berbaki 20 hari terakhir..sudahkan kita bersedekah??

SUKA?? CLICK LIKE OK

No comments:

Post a Comment