Firman Allah SWT yg bermaksud :
Wahai org yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa
(surah al-baqarah :183)
Alhamdulillah, Ramadan yg
mulia kembali lagi. Betapa bertuahnya aku kerana diberi umur yg panjang untuk
menemui Ramadan pada tahun ini...sayu rasanya..
Ramadhan ialah
bulan yang penuh keberkatan.
Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya
maghfirah dan
dihujungnya kebebasan dari api neraka.
Bersesuaian dengan keberkatan Ramadan,
semestinya kita perlu menyucikan hati dan bermuhasabah diri kita dengan
bersyukur dan lebih mendekatkan diri dengan pencipta kita..ramadan masa yg
sangat sesuai untuk menambahkan saham kita di akhirat kelak..amalan akan
dihitung berganda2.
Kita diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan.namun, masih ramai
di antara kita yang tidak menghayati dan menikmati kemuliaannya. Bukan sahaja
menahan lapar & dahaga.malah perlu menjaga perkara-perkara yang boleh
membatalkannya. Jangan kerana org lain berpuasa, kita pun ikut berpuasa..tp
tidak bersembahyang dan melakukan perkara yang sia-sia. Maka, golongan itu
adalah org yang sangat rugi kerana hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Selain golongan itu tidak dapat kelebihan
berpuasa itu sendiri..
Kelebihan puasa mengikut saintifik :
1.
Dapat mencergaskan gen yang bertanggungjawab
merembes hormon-hormon yang akan membantu sel-sel menentan penuaan..(dpt awet
muda)
2.
Mencergaskan minda. Sbb tenaga dan pengaliran
otak tertumpu kepada otak daripada menghadamkan makanan
3.
Mengaktifkan pembentukan sel dalam tubuh
4.
Meningkatkan tenaga dengan mengurangkan
penggunaan tenaga abgi mencerna makanan yang menghasilkan toksin &
melemahkan tubuh
5.
Mengawal penyakit diabetis
6.
Berpuasa selama 30-40 hari meningkatkan kadar metabolism
sebanyak 5-6%.
Oleh kerana itu, saya berazam akan melatih diri untuk
mempertingkatkan amalan ibadah semampu mungkin untuk menambahkan ketaqwaan
& mencari keberkatan dari Nya di bulan Ramadan yang mulia ini..
" sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa dari kalangan kamu "
surah al hujurat :13
mari kongsi doa2 di bulan ramadan ini..
Ya Allah, ampuni la dosa-dosaku..terimalah ibadah puasa
ku..amin.
~ ilham
mintak izin copy paste ye...
ReplyDeletesila la..sharing is caring
ReplyDelete