^ MARI FOLLOW ^

RAMADAN AL MUBARAK


Firman Allah SWT yg bermaksud :
Wahai org yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa (surah al-baqarah :183)

Alhamdulillah, Ramadan yg mulia kembali lagi. Betapa bertuahnya aku kerana diberi umur yg panjang untuk menemui Ramadan pada tahun ini...sayu rasanya..

 Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. 
Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya
maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka. 

Bersesuaian dengan keberkatan Ramadan, semestinya kita perlu menyucikan hati dan bermuhasabah diri kita dengan bersyukur dan lebih mendekatkan diri dengan pencipta kita..ramadan masa yg sangat sesuai untuk menambahkan saham kita di akhirat kelak..amalan akan dihitung berganda2. 

Kita diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan.namun, masih ramai di antara kita yang tidak menghayati dan menikmati kemuliaannya. Bukan sahaja menahan lapar & dahaga.malah perlu menjaga perkara-perkara yang boleh membatalkannya. Jangan kerana org lain berpuasa, kita pun ikut berpuasa..tp tidak bersembahyang dan melakukan perkara yang sia-sia. Maka, golongan itu adalah org yang sangat rugi kerana hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.  Selain golongan itu tidak dapat kelebihan berpuasa itu sendiri..

Kelebihan puasa mengikut saintifik :

1.       Dapat mencergaskan gen yang bertanggungjawab merembes hormon-hormon yang akan membantu sel-sel menentan penuaan..(dpt awet muda)

2.       Mencergaskan minda. Sbb tenaga dan pengaliran otak tertumpu kepada otak daripada menghadamkan makanan

3.       Mengaktifkan pembentukan sel dalam tubuh

4.       Meningkatkan tenaga dengan mengurangkan penggunaan tenaga abgi mencerna makanan yang menghasilkan toksin & melemahkan tubuh

5.       Mengawal penyakit diabetis

6.       Berpuasa selama 30-40 hari meningkatkan kadar metabolism sebanyak 5-6%.

Oleh kerana itu, saya berazam akan melatih diri untuk mempertingkatkan amalan ibadah semampu mungkin untuk menambahkan ketaqwaan & mencari keberkatan dari Nya di bulan Ramadan yang mulia ini..

" sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa dari kalangan kamu " 
surah al hujurat :13

mari kongsi doa2 di bulan ramadan ini..

   
Ya Allah, ampuni la dosa-dosaku..terimalah ibadah puasa ku..amin.

 ~ ilham

SUKA?? CLICK LIKE OK

2 comments: